Selasa, 10 Mei 2011

aishiteru

salam
mesti korang tertanya-tanya kan apa makna aishiteru
aishiteru dalam bahasa jepun adalah aku mencintaimu
愛してる <---- yang ini adalah perkataan bahasa jepun
mula - mula aku pun tak tahu apa makna aishiteru
tapi bila aku dengar lagu ini baru aku faham
kawan aku iaitu fara firi furu suruh aku dengar lagu ini
bila aku dengar lagu ini memang best lah
siap melayan perasaan lagi
hehehehehe....
jom apa kata kita layan lagu ini
semoga korang dapat menghayati lagu ini


lagu ini aku dedicated untuk encik tunang saya iaitu hairin ali

Khamis, 5 Mei 2011

sama ke?

dah lama aku tak update aku punya blog
biasalah makin hari makin dekat rasanya dengan majlis aku nanti
maka ke'busy'an telah melanda diri aku ni
banyak yang aku kena buat untuk majlis aku nanti
stress pulak hari makin dekat ni
huhuhuhu....
minggu lepas aku pergi seremban nak hantar barang dekat kawan aku
aku pergi ari sabtu balik hari isnin
pada hari isnin masa aku kat terminal 1 dengan tunang aku
ada makcik ni tegur kami
berbual mesra dengan kami
berbual punya berbual makcik ni boleh pulak tanya kami ni adik beradik ke
aku dengan tunang aku saling berpadangan lepas itu senyum bila dengar makcik cakap macam itu
lepas itu tunang aku terangkan yang kami ni tunang
sama ke muka kami ni
korang cuba buat perbandingan kat gambar bawah ni



gambar jarak dekat lagi tu nampak segala jerawat...huhuhu..

u

sama ke?

korang tengok lah gambar kami betul ke ada persamaan
betul ke cakap orang tua dulu2 kalu muka sama ni jodoh panjang
kalau betul lah mudah-mudahan jodoh kami berpanjangan
amin....



Jumaat, 22 April 2011

busy...

salam
dah lama aku tak update blog
biasalah busy sikit kena bekerja
busy ke?
hahaha...
yelah demi mencari sesuap nasi aku perlulah bekerja
zaman sekarang dah moden nak beli barang semua perlukan duit
kalau tiada duit susahlah kita nak hidup di zaman metropolitan ini
semua harga barang dah naik
kita yang perempuan ini perlulah bekerja untuk sara kehidupan kita
huhuhu...
aku bekerja berkhidmat untuk masyarakat
biasalah kerja sebagai nurse kenalah berkhidmat untuk masyarakat
lagi2 kena kerja shift
kadang2 sampai buat double duty sebab tak cukup orang
kadang2 cuti perayaan pun aku tak dapat
biasalah tak kan semua nak cuti habis siapa nak jaga pesakit
mula2 rasa sedih juga tak dapat beraya
tapi dah lama2 biasalah
itulah pengorbanan yang perlu kami buat bekerja sebagai seorang staffnurse
panjang pulak cerita aku ini bila hati dah berbicara tangan ini taip laju jelah
hehehe...

Selasa, 12 April 2011

bunga-bunga cinta

bila aku dengar lagu ini pagi2 dah feeling
memang best dengar lagu ini
terus automatik aku teringat encik tunang saya
tinggal beberapa hari je lagi kami bakal disatukan
InsyaAllah Amin
jom kita dengar lagu ini
harap2 korang pun feeling bila dengar lagu ini






Isnin, 11 April 2011

suatu ketika

petang tadi aku keluar untuk ambil barang aku dekat kedai
barang yang aku tempah dah siap
sebenarnya barang itu sudah siap hari sabtu hari itu
kebetulan aku kerja petang hari sabtu so aku tak bolehlah ambil barang itu
barang apa yang aku tempah itu
jeng...jeng...
mana boleh bagitau rahsia lah tak suprise nanti
bila aku pergi kedai itu boleh pulak tak buka
salah aku juga tak call dulu sebelum datang
huhuhu...
buat habis minyak kereta aku saja pergi kedai itu
lepas itu aku tak tau nak pergi mana
tiba2 kepala otak aku ligat berfikir 
aku apa lagi pegang stereng bawa kereta ke tempat yang hendak dituju
tempat yang aku tuju adalah @mart
bila aku dah sampai dekat situ aku apa lagi pergi jalan-jalan cari makan lah
yelah perut dah berkeroncong rentak irama pop rock di petang hari tambah2 lagi dengan hujan yang lebat
sambil2 itu boleh cuci mata lah dekat @mart
kebetulan aku nak cari tudung untuk majlis aku nanti
masa aku masuk 1 kedai tudung ini 
ada pulak budak kecik minta dukung dengan aku
aku apa lagi nampak budak kecik yang comel teruslah layan kerenah budak 2
dah lah budak perempuan cute pulak 2
tak sempat pulak nak amik gambar dengan dia
jom tengok apa yang aku beli


ini lah waffle yang aku beli dekat @mart perisa coklat


cool blog perisa coklat


coklat dia yang buat aku kecur air liur



semua makanan yang aku beli mesti coklat
kalau boleh susu yang aku minum pun nak perisa coklat
tidak boleh aku hidup kalau tiada coklat
hidup coklat!!
huhuhu...
teringat pulak cite ustaz coklat....

Khamis, 7 April 2011

jantungnya di luar

subhanallah
bila tengok video ini tidak terkata
seorang bayi yang dilahirkan secara pembedahan..
di mana jantungnya berada di luar
marilah sama2 kita berdoa untuk kesihatan bayi ini




Rabu, 6 April 2011

layan....

hai...
hari ni jom kita layan lagu yuna
harap2 korang terhibur dengar lagu ini....

Sabtu, 2 April 2011

popeye

entri kali ini aku nak cerita pasal kartun yang aku suka tengok
baru skarang aku nak cerita padahal umur aku dah meningkat tua
jap tua ke aku????
hahaha...
kartun yang aku suka tengok adalah "popeye the sailor man"
korang ingat tak kartun 2?
alah kartun yang ada pasangan dia bernama olive oyl
popeye ni suka makan spinach nnti dia jadi kuat
kiranya dia jadi penyelamat..
dah ingat ke belum?
mesti dah ingat..
kan....kan...


ni lah popeye yang aku maksudkan 2



ni pulak awek popeye namaya olive













aku suka tengok kartun ni bila olive jerit "help! help!"
nnti popeye akan datang untuk selamatkan awek dia 
ok itu saja entri aku kali ini




Jumaat, 1 April 2011

aku rindu padanya

aku rindu pada seseorang
sape lagi tak lain dan tak bukan dah tentu encik tunang saya lah
kami dah lah bercinta jarak jauh payah nak jumpa
tapi bila dengar lagu ni teringat pulak pada si dia



ni lah gambar encik tunang saya


semoga hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat
amin...

Rabu, 16 Mac 2011

4 TIPS MEMUJUK LELAKI YANG MERAJUK




ari 2 berlaku perselisihan faham antara saya dan encik tunang
tapi saya ada baca 1 web ni tuk tips memujuk lelaki yang merajuk
time kasih pada kwan saya iaitu cik aien roslan sebab bagi link ni tuk saya baca
so apa kata kita baca tips2 tuk memujuk lelaki yang merajuk


Tetapi, sebelum dapat berkongsikan tips bagaimana untuk memujuk lelaki yang merajuk, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah punca sebenar si dia merajuk.

Mengapakah si dia merajuk?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannyaIni menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.
Selain daripada 4 tips ini, kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai tips memujuk mereka yang merajuk. Di antaranya adalah:
Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.
Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu. :)



p/s:time kasih kepada tentang cinta sebab bagi tips2 ni

Selasa, 8 Mac 2011

akhirnya...

aku baru je balik dari kursus cpr
alhamdulillah akhirnya aku lulus juga kursus 2
padahal tadi punyalah takut bila ada test
hahaha...
dalam kepala ni rasa macam beban je selagi tak abis kursus 2
mana taknya kursus 2 start pagi berakhir pada waktu petang
mula2 kami diterangkan tentang cpr
pas2 kami kena membuat cpr dengan minikin
mesti korang tertanya apa 2 minikin
minikin 2 adalah patung yang tak bernyawa untuk kami praktis melakukan cpr
lepas abis kami praktis kenalah jawab soalan mcq
pergh tak nak susah lagi soalan dia
soalan tak der lah susah mana tapi jawapan dia boleh dikatakan semua nak dekat2
confuse jadinya nak pilih jawapan yang betul
lepas abis jawab soalan kami kena test ngan minikin pulak
cpr instructor akan bagi situasi so kita kena wat ikut situasi dia bagi
ada 3 test kena lakukan
yang pertama infant choking
yang ke2 ngan bag valve mask
yang ke3 cpr adult
pas settle semua test 2 rasa lega dah
nasib baik semua pass
markah mcq aku pulak 18/20
ok lah 2
tapi yang bestnya nnti sijil yang aku dapat boleh digunakan selama 5 tahun sebelum ini hanya laku selama 2 tahun saja
ok lah 2 saja entry aku tuk ari ni

Isnin, 7 Mac 2011

kursus

ari ni pagi2 aku dah dapat kol dari wad
aku ingatkan kn panggil keje
rupa2nya aku kn g kursus cpr
kn baca buku lah jawabnya
nak bc buku 2 yang malas
huhuhu


ni lah gambar orang yang sedang melakukan cpr



gambar ini menunjukkan posisi untuk kita melakukan cpr

gambar ni menunjukkan kita nak check pulse patient


ni adalah step tuk melakukan cpr

minta2 esok aku lulus dalam kursus 2 
amin.....

Jumaat, 18 Februari 2011

saya nak cuti...

bila lah aku boleh cuti?
 aku nak cuti dah lama aku tak cuti
penat beb asyik keje je
dah lah keje shift waktu rehat kadang2 tak cukup je
tapi klau nak cuti kena lah request cuti
kadang2 aku minta cuti seminggu tapi dapat 6 ari je
sebab tak cukup staf jadinya dapat cuti 6 ari je
tak pun ramai yang request cuti tarikh yang sama ngan aku
minggu depan aku minta cuti minta2 lah cuti aku approve
aku nak settlekan banyak benda ni
huhuhuhu....

  
 inilah buku request yang perlu aku isi klau aku nak cuti



Rabu, 26 Januari 2011

my family



Ni lah family yang aku sayang
gambar ni diambil time aku konvo
nasib baik masa aku konvo semua family aku ada dapat lah bergambar bersama
mari aku perkenalkan family aku
yang pakai tudung coklat 2 lah mak aku
nama mak aku adalah Radziah Md Amin
dia bekerja sebagai Ketua Jururawat @ Sister kat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu JB
semua orang yang first time jumpa mak aku mesti cakap mak aku garang
tapi garang ke mak aku?
ayah aku pulak yang pakai baju hijau
nama ayah aku M Saleh Bin Hassan
ayah aku bekerja sebagai petani
dulu ayah aku keje sebagai juruteknik telekom tapi memandangkan ayah aku ada kebun so dia b'henti keje tuk usahakan kebun dia.
kat kebun ayah aku ada jambu batu sedap tau jambu batu ayah aku sedap tau











skarang aku knal kan adik beradik aku
aku ada 4 adik beradik
aku yang sulung yang lain aku ada 3 hero
yang baju biru adik aku yang pertama
nama dia Mohamad Farhan
dia dah kerja sebagai chargeman kat KL
yang baju putih pula adik aku yang kedua
nama dia Mohamad Akmal
dia masih blajar lagi kat MIAT,UNIKL
yang last sekali adik yang baju merah
nama dia panjang sikit
Muhamad Hanis Haziq 
tapi aku panggil dia kecik
dia baru je form 2
2 jelah pasal family aku